Wednesday, November 10, 2010

Ayah masuk surga kerana anak

Dizaman Rasulla saw pada suatu hari saorang isteri yang sedang menguruskan rumahnya semasa suaminya sedang berniaga diluar negeri telah di datangi oleh hamba sahayanya lalu berkata * Wahai tuan hamba, ayah tuan hamba sedang sakit kuat dirumah*. Siisteri itu telah berkata kepada hambanya *Wahai tuan hamba tolong bagi tahu kepada ayah hamba yang hamba tidak dapat hendak menziarahi beliau kerana hamba TIDAK DAPAT IZIN dari suami hamba untuk keluar rumah.


Selang beberapa hari hamba itu kembali kerumah isteri tu memberitahu bahawa ayah-nya telah meninggal dunia. Dengan berlinang air mata isteri itu telah berkata *Wahai tuan hamba tolong uruskan jenazah ayah hamba hingga sempurna.


Para sahabat telah bertanya ke kepada Rasullah saw *Ya Rasullah tidak kah sipolan bte sipolan tu telah menderhaka kepada ayahnya*. Rasullah tidak menjawab dengan serta merta keran perkara itu pertama kali berlaku. Baginda telah bermunajat kepada Allah swt untuk memberi jawapan kepada soalan para sahabat itu. Allah swt telah memberitahu Rasullah dengan perantaraan Jibrail as.Lalu  Rasullah saw berkata kepada para sahabat *Beritahu kepada sipolan bte sipolan katakan kepadanya janganlah beliau mennagis dan berdukacita kerana ayahnya berada didalan JANNAH*. Para sahabat kehairanan kerana anaknya tidak menguruskan jenazah ayahnya tetapi ayahnya masuk surga. Lalu Rasullah saw memberitahu kepada para sahabat .Baginda besabda * Semasa anaknya hendak keluar dari rumah untuk pergi kerumah suaminya ayahnya telah berkata kepada anaknya *Wahai anakku mulai dri saat ini KESETIAAN mu dengan ayah sudah pun putus, mulai saat ini kamu hendaklah memindahkan KESETIAN mu itu kepada suami dan kedua orang tua suami mu.Jangan sesekali kamu berbuat sesuatu tanpa izin suami mu*